Mari Berkongsi Cerpen,Syair,Puisi,Sajak,Teater,Pidato Debat,Falsafah dan perkara-perkara yang berkait dengan bahasa melayu dan ilmu yang bermanfaat.Sila email kan.. pbm_kebudayaan@yahoo.com

SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN BAHASA MELAYU & KEBUDAYAAN
Photobucket

Saturday 4 February 2012

Laporan Aktiviti Persatuan

LAPORAN AKTIVITI  PERSATUAN BAHASA MELAYU DAN KEBUDAYAAN
SEKOLAH MENENGAH ISLAM AL-MASRIYAH 2012

                Persatuan Bahasa Melayu dan Kebudayaan mengadakan perjumpaan pada tarikh 2 Februari 2012, hari Rabu bersamaan 8 Rabiul awal 1433m, pada jam 3.00 hingga 4.30 petang di Tingkatan 4 as-Syafie. Kehadiran ahli seramai 24 orang dengan 6 orang guru pembimbing.

                Semua ahli diminta berkumpul untuk sesi taklimat dan pembahagian tugas serta mengenal pasti kehadiran ahli. Pada hari ini ahli persatuan akan melakukan kerja amal iaitu membantu unit SPBT untuk memindahkan buku dari bilik lama ke tempat baharu. Cikgu Hamidah telah membahagikan ahli kepada 3 kumpulan . Kumpulan pertama di bawah seliaan Cikgu Muhamad Yakob mengeluarkan buku dari bilik buku lama. Kumpulan kedua menyusun buku di bilik buku baharu di bawah pengawasan Cikgu Hamidah. Manakala, kumpulan ketiga pula menyediakan minuman dan kuih untuk semua ahli di bawah pengawasan Cikgu Mashithah. Cikgu Aziah bertugas untuk mengambil gambar aktiviti yang dilakukan. Manakala Cikgu Muzlifah dan Cikgu Junainah memantau ahli-ahli.

Harapan kami semoga persatuan ini akan terus berkembang dengan maju dan bertambah aktif pada masa akan datang. Jutaan terima kasih kepada guru-guru dan rakan-rakan kerana saling membantu dalam menyempurnakan aktiviti tersebut.Sekian, Terima Kasih.

Disediakan oleh:                                                                                                               2 Oktober 2012

………………………………………………
(SITI NUR BINTI RIDZUAN)
s/u Persatuan Bahasa Melayu dan Kebudayaan,
SMIM

No comments:

Post a Comment