Mari Berkongsi Cerpen,Syair,Puisi,Sajak,Teater,Pidato Debat,Falsafah dan perkara-perkara yang berkait dengan bahasa melayu dan ilmu yang bermanfaat.Sila email kan.. pbm_kebudayaan@yahoo.com

SELAMAT DATANG KE BLOG PERSATUAN BAHASA MELAYU & KEBUDAYAAN
Photobucket

Saturday 18 February 2012

Laporan Aktiviti Perjumpaan

LAPORAN AKTIVITI  PERSATUAN BAHASA MELAYU DAN KEBUDAYAAN
SEKOLAH MENENGAH ISLAM AL-MASRIYAH 2012

               



     Persatuan Bahasa Melayu dan Kebudayaan mengadakan perjumpaan pada tarikh 15 Februari 2012, hari Rabu bersamaan 22 Rabiul Awal 1433m, pada jam 3.00 hingga 4.30 petang di Kelas Literasi Al-Quran. Kehadiran ahli seramai 24 orang dengan 6 orang guru pembimbing.

    
    Semua ahli diminta berkumpul untuk sesi penerangan dan pembahagian kumpulan  serta mengenal pasti perbezaan diantara gurindam,syair,seloka dan nazam. Pada hari ini ahli persatuan melakukan aktiviti  berkumpulan  iaitu mendendangkan seloka si luncai. Cikgu Hameedah telah membahagikan ahli kepada 4 kumpulan . Kumpulan pertama di bawah seliaan Cikgu Muhamad Yakob dan Cikgu Muhd Sobri. Kumpulan  kedua di bantu oleh Ustazah Mashitah manakala kumpulan ketiga dan keempat di bawah pengawasan Cikgu Junainah dan Ustazah Muzlifah. Selepas diberi  penerangan dan pendedahan mengenai seloka si luncai di bawah kelolaan Cikgu Hameedah. Tepat jam 4.15 setiap kumpulan diminta untuk mendendangkan seloka si luncai. Setiap kumpulan berjaya mendendangkan seloka tersebut dan guru pembimbing dengan jayanya menyempurnakan aktiviti ini.

  
     Harapan kami semoga persatuan ini akan terus berkembang dengan maju dan bertambah aktif pada masa akan datang. Jutaan Terima kasih kepada guru-guru dan rakan-rakan kerana saling membantu dan memberi kerjasama dalam
menyempurnakan aktiviti tersebut.  Sekian, Terima Kasih.











Disediakan oleh:                                                                                                                                                                                   


    


………………………………………………
(SITI NUR BINTI RIDZUAN)
s/u Persatuan Bahasa Melayu dan Kebudayaan,
SMIM

No comments:

Post a Comment